BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Life is meaningful when you have a reason to live...

With friends and foe, you live life with wisdom and love. As Albert Einstein once said :


"There are only two ways to live your life.

One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."

Saturday, June 18, 2011

Makan-makan selagi puas di Shani Cafe @ Wangsa Maju

Selalunya kita bangun je tidor, mesti perut terasa lapar dan yang paling mencabar minda kita waktu itu ialah...nak cari kedai paling murah tapi puas makan... betul tak?  Dalam kawasan Wangsa Maju ni memang banyak kedai dan gerai-gerai masakan Melayu termasuk restaurant mamak tapi kerap sangat dah asyik makan ditempat yang sama.  Rasa pun dah boleh hafal so dah tak mencabar lagi kalau dok gi tempat yang berulang-ulang sama.. betul tak?

So Mas pun ronda-ronda dibelakang Wangsa Walk Mall, park jauh sikit dekat area NZ Restaurant.. Ermm, boring lah asyik masakan mamak so kenalah jalan kaki sikit dari area Maybank belakang Carreffour dan cari sesuatu yang berlainan dipagi Sabtu ni.

Yes, finally Mas teringat ada satu restaurant Melayu ni yang mana Mas pernah try cuba makanan malam dengan harga buffet RM7.00 seorang.  Yaaa, betulll, RM7.00 sahaja dan boleh sepuas makan apa saja lauk yang ada dihidang di kaunter tu.  Nama restaurant ni Shani Cafe.

Kalau nak tau dimana letaknya restaurant ni, ianya dibelakang Wangsa Walk Mall, area dekat dengan CIMB Bank.



Kali ni Mas cuba sarapan pagi dengan harga hanya RM4.00 seorang. Yerrrrr, betullll, RM4.00 sahaja dan kita dapat makan selagi puas.  Bermacam-macam lauk ada, dan air teh o.. dan kopi o dihidang no limit.  Tuang lah selagi nak dan minum lah selagi tak bayar bil.... hhehehee.  Menu sarapan memang bervariasi, ada macaroni goreng, maggie goreng, kwayteow goreng, bihun goreng & nasi goreng.  Lauk pulak terdapat, sambal tumis telor, sambal tumis ikan bilis, telor goreng dadar, sambal tumis sotong, sambal tumis sardin... dan macam-macam lagi.  Oh ye.. ada nasi air.. (bubur nasi)







Naik pening kepala Mas bila tengok ada pulak lunch buffet dia hanya RM7.00 seorang.  Rasa macam tak caya je sebab mana ada restaurant yang offer sebegini murah untuk makan pagi dan malam.




Oh ya.. untuk pencuci mulut.. ada Kuih Buah Melaka...



Suasana dalam restaurant ni mesra sebab pelanggan dibiar jengok tengok lauk berpuloh2 kali dan boleh ulang makan tanpa segan silu. Dah buffet katakan... so take your time to eat dan watch tv, ada skrin besar kat dinding.


Value for money - itulah opinion Mas bila Mas makan disini.. Murah, bersih dan juga bervariasi.  Kalau2 lalu diWangsa Walk Mall, cuba lah disini... besttt!

0 comments: