BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Life is meaningful when you have a reason to live...

With friends and foe, you live life with wisdom and love. As Albert Einstein once said :


"There are only two ways to live your life.

One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."

Monday, October 31, 2011

Lawatan Ke Bandung - Kampung Daun

Kampung Daun Culture Gallery and Cafe
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Oktober 2011

Selepas membeli belah di Pasar Baru Bandung, malam sis inlaw mas dah sediakan satu program dinner kat satu tempat yang istimewa kata dia...

Kampung Daun letaknya di Jalan Sersan Bajuri KM47, Lembang, Bandung, Indonesia. Perjalanan tak lah lama sangat namun anda akan melalui pekan yang keseluruhannya berniaga rapat2 sangat dengan jalan main road Bandung.  Mas confuse sikit nak bagi butiran perjalan ke Kampung Daun ni sebab Pak Ajak (supir) memandu van menaiki bukit.

Sampai dipintu masuk, mas terkejut dengan suasana romantis. Aduihs, cuaca sejuk, udara nyaman pulak.  Masa tu lepas sikit kul 6.30 petang waktu tempatan tapi dah gelap.

Tips : 
  • tidak perlu pakai kasut tumit tinggi sebab nanti kena panjat lerenggan bukit
  • bawa baju sejuk atau skaf


Pintu gerbang masuk


Tempat ni tempat menunggu giliran bagi para tamu.  Boleh duduk sembang2 dulu kat sini kalau meja tempahan masih penuh.





Disini terdapat unggun api untuk memanaskan badan sebab cuaca tersangat dingin. Setiap penjuru ada disediakan unggun api untuk para tamu. 


Kedai cenderahati

Tak tahu lah apa nama bunga ni tapi memang wangi...









Nun dibawah sana kena jalan ke meja tempahan makan.




Romantis rasanya bila disini.  Lampu dinayalakan dicelah2 pepohon. Terasa macam dalam hutan tapi macam ada pesta dalam hutan pulak.  Suhu sesejuk dipergunungan dan udara nyaman.


Rasa asyik betul bila ambik gambar2 disini. Ada pulak anak sungai mengalir, terdengar gemercik laluan air.. 
Terkedu pun ada bila mas tatapi fauna sekeliling sebab seni dinding dengan pepohon yang melambai unik sekali. 



Dinding macam diukir, dibentuk bak dalam gua pulak rasanya.  Kilauan lampu neon memberi kenikmatan rileks, tenang dan teruja.


Bersila untuk makan, tak de kerusi.



Menu yang dihidangkan disini tak lah mahal sangat, lebih kurang harga dari RM7.00 keatas (untuk minuman) dan RM12.00 keatas untuk makanan.  Jangan pulak terkejut bila dah total up semua, kena ribu-ribu Rp... ehehhee..  Bil mas untuk 5 orang makan mencecah Rp375,000.00 so adalah dalam RM130-.  Pada mas, restaurant best, suasana best, suhu best, makanan pun best, so berbaloi lah harga yang dikenakan.



Nasi Timbel
Rp45,000 = RM13.00

Cheese cake Rp11,000 = RM4.00

Selaseh + laici + sengkuang + sirap
Rp13,000 = RM7.00

3-layer
Pisang + sirap + santan + cincau
Rp12,000 = RM6.00

Ada love dalam coffee latte ni
Rp12,000 = RM6.00

Lempeng pisang + keju + strawberry
Rp12,000 = RM6.00


Dalam banyak2 tempat yang mas lawati, Kampun Daun adalah yang paling best!! Lupa seketika hiruk pikuk KL, hiruk pikuk Bandung, dan hiruk pikuk ofis.. hehehe..


Nak tahu maklumat lanjut boleh layari http://kampungdaun.net/


Saturday, October 29, 2011

Bercuti di Bandung - Shopping di Pasar Baru, Bandung, Indonesia

 Lawatan Ke Bandung, Indonesia
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Okt 2011

Kena bangun awal sebab nak ke LCCT sebab flight pukul 6.30 pagi. Waduh... pukul 3 pagi dah bangunkan anak2 semua dan suroh mandi, memang seksa betul lah dia orang nak bangun.  Mas rileks jer bangun kul 3 sebab mindset mas dah diprogramkan untuk bangun tangkas dan muka kelihatan cergas... Kalau tak nanti kat Bandung rupa macam zombie mata lebam...


Berapa harga perjalanan mas ke Bandung?  Semua mas book online sebab lagi murah dan juga tak menyusahkan.


http://www.airasia.com
Flight             RM348.00 
Airport tax       RM 25.00   
Fuel Charge     RM 20.00
Sub Total       RM393.00
Services & Fees
Pick a Seat      RM 12.00
Processing Fee RM 16.00
Baggage          RM 35.00 (ini harga 1-way dari Bandung untuk 15 kilo)
TOTAL            RM456.00 (harga tambang pergi-balik)
Hotel   RM300.00 (4 hari 3 malam + transport MPV 10 seater) 


Kami sampai jam tepat 4.45 pagi di LCCT dan sister in-law mas, Rozi dan anak dia Sabrina + 2 teman rapat mereka, Aini dan Siti dah sedia menunggu. Beg baggage dia orang memang lah besar2 (mas punya 'sederhana' jer)  tapi rengan tak sampai pun 7 Kilo tapi kami semua baggage check in lah lagi senang.  Dalam LCCT bila check-in, sempat singgah shopping beli asam boi (manalah tau pening2 nanti dalam flight).


With my sis inlaw, Rozi
Dalam flight kena isi borang 'Embarkation Card' yangmana butiran pasport dilengkapkan dalam kad ini.  Ianya wajib diisi masa dalam flight dan butiran tempat tinggal di Bandung juga perlu diisi.  So kalau menginap di hotel, tulislah nama hotel tu, tak perlu alamat yang penuh.  Letak dalam pasport dengan selamat dan tunjuk pada pihak Imigresen Indonesia dikaunter pegawai di lapangan terbang Bandung nanti.  Amaran mustahak "JANGAN HILANGKAN KAD INI' sebab BIG problem untuk balik ke Malaysia.


Alhamdulillah dah selamat sampai di Lapangan Terbang  Husein Sastranegara


Oh yer, kalau lah masa dalam flight kad embarkation tu dah habis, masa nak check in di lapangan terbang Bandung pun boleh ambik tapi kenalah duduk mencangkung isi.  Kesian my sis inlaw and the gang sebab dia orang kena isi dengan kelam kabut masa kat lapangan terbang Bandung.



 Terpaksa isi borang beridiri kat Imigresen Indonesia

Perjalanan flight hanya 2 jam (kaki mas kebas jugak lah) so waktu tempatan mas sampai kul 7.30 pagi.  Menunggu Kastam periksa, scan beg, scan badan memakan masa 45 minit sebab penumpang ramai.  In fact, whole flight penuh.


Syafiq, Ani, Sabrina, Fatimah dan Siti semua excited bila nampak van Pak Ajak (supir) dah sedia menunggu






Danial + Liya
Van yang disediakan selesa dan pemandu memandu cara berhemah, sekalipun tak pernah complain bingit ker, tension ker... (kalau lah KL drivers macam kat sini, aman lah KL)  


Sepanjang perjalanan dalam van, mas terpingga2 sebab aduih waduh, kenderaan banyak betul dan semuanya macam terkejar-kejar kesana kemari.  Barulah mas teringat hari mas sampai tu hari Sabtu, so memang lah orang sedang bergegas ke ofis.  Yang mas perasan terdapat begitu banyak warong tolak di Bandung.  






Dan yang paling menyedihkan ada ramai peminta sedeqah dari golongan warga emas, cacat dan juga kanak2.  Tapi berjaga2 tau, jangan bagi sewenang2nya sebab nanti van yang anda naiki akan diserbu.  Mas terkejut bila mas nampak ada budak kecik minta sedeqah dari kereta ke kereta, walhal mak dia tengah main handfon... So kena ingat sendiri lah ye kawan2...



Ish, lagi satu, kat Bandung ni kemudahan toilet memang susah untuk orang awam so memang kena siap2 buang kat hotel atau pun jangan lah minum banyak sangat masa shopping.  Kalau kat shopping complex tak per, tapi yang dipinggiran kedai kecik2..elok JANGAN.  Mas sendiri terlihat ada penjual Bakso yang buang air kecik kat dinding tepi jalan, lepas tu selamba je gie jual Bakso dia... 


Penginapan yang telah dionline booking oleh my sis inlaw ialah Hotel Karmila. Murah, lokasi strategik dan paling best, berdekatan dengan kedai2 factory outlet.  Dan juga, KFC dan cafe hanya 10 minit perjalanan dari hotel.





Berselerak sikit... maaf yer sebab asyik kuar nak bershopping jer, so malas nak kemas bilek.

Ruangan bilek dalam Hotel Karmila besar jugak, 2 katil, tambah 1 tilam.  Toilet  ruang pun luas.  


Tips :  Jangan lupa bawa International Adapter sebab lubang plug di Bandung memang berlainan untuk kepala socket bila nak charge handphone, camera maupun shaver.  




Bermacam2 masakan yang dijual tapi yang mas heran... ngapa tak de jualan air minuman macam air sirap ker, air limau ke... So kesimpulan, mas rasa memang tiada penyaluran air so, kena lah berjaga2 bila teringat nak makan atau minum.  Mas rasa elakkan beli ditepi2 jalan sebab, maaf yer.. mas rasa tak berapa bersih.  Unless kalau yakin dan ada kawan sana yang rekomen, so boleh lah bedal... hehehe.
Danial tengah berselera dengan 'Pecal Leleh'


Warong tolak ni terletak depan Hotel Karmila.  Bila malam dia hilang tapi pagi menjelma balik.


Jualan tekstil di Pasar Baru Bandung
So, mengikut program, kami akan ke Pasar Baru Bandung,   iaitu satu pasaraya 8 tingkat yang memang terkenal dan favourit dengan jualan murah (teramatlah murah) barangan tekstil & lace, baju muslimah, jilbab, seluar jeans, kasut2, kain2 telekung, baju batik, cadar, perlengkapan perkahwinan dan sebagainya. Kualiti barang2 ni? Jangan khuatir sebab ianya memang berkualiti baik dan berpadan dengan harga. 


Indah2 warna sulaman telekong
Harga telekung yang bermotif lace dan variasi warna memang murah.  Kat sini memang teruja nak beli sekodi telekung kalau diikutkan hati lah...
Nak buat telekung hantaran, tak terpileh lah rasanya sebab memang cantik2 belaka.
Purple - warna kegemaran mas!

RP50,000.00 (RM18.00)


Bagi yang meminati handbeg, disinilah tempat branded names dijual dengan harga semurah RM18.00.  Biar puas rounding tempat2 handbeg, baru beli sebab...nanti terjumpa lagi cantik, lagi murah, lagi berkualiti...so tak lah menyesal nanti. Takut terkeliru dengan harga? Tak susah, cari je yang tertulis harga Rp50,000- sebab tu baru RM18.00 duit kita.


Selagi ada kain batik kat sini, semuanya bermutu!
Terpegun tengok begitu banyaknya kain telekong bersulam kat sini


Mas dan anak mas Syafiq tengah rehat tersandar sebab letih bershopping kat 4 jam disini. 4 Jam lama?? Tak cukup lah 4 jam sebab the next day, mas kesini balik dengan sis inlaw mas, apa lagi.. borong lagi.


Oh ya, tips yang perlu kita ambil perhatian semasa disini:
  • jangan lalai sangkut handbeg dibahu. Letak kemas dibawah ketiak anda atau biar sangkut didepan perut anda.  Ini untuk mengelakkan pencopet.
  • jangan beli apa yang suka tapi beli apa yang perlu, kalau tak satu container duit pun tak cukup.. hehehehe.
  • tawar menawar memang digalakkan so kalau nak tawar, slash harga at least separuh, yes, SEPARUH dari harga yang ditetapkan.

Kalau perut terasa lapar, ada jualan kuih-muih oleh pemuda2 di pasar ni tapi mas nasihat elakkan membeli sebab tak tentu perut kita tahan ke tak nanti sebab kuih dia orang lain macam sikit.


Di Pasar Baru Bandung ni juga terdapat food court, tingkat 7. Tips bila melalui tingkat food court ini:

  • bila diserbu oleh budak2 gerai yang akan cuba memikat anda (memang handsome bangat), anda dinasihat buat 'cool dan tenang' sebab dia orang memang akan 'serbu' untuk tarik anda ke gerai mereka. 
  • bila nak makan, rounding dulu semua gerai dan kedai makan sebelum membuat pilian sebab makanan memang banyak dan bervariasi.
  • bila membuat pesanan makanan, slow slow pileh sebab anda akan pening2 lalat membaca menu yang memang detail dan juga harga pulohan ribu (terpaksa guna mental mathematics untuk convert dalam Ringgit Malaysia.  Rp21,000 = RM7.50) Nak cepat kenal yangmana satu makanan yang murah, cari je yang berharga lebih kurang Rp10,000 = RM3.60)
Nasi Timbel (RP27,000 = RM9.00)

Nasi Timbel
Makanan ala Sunda, nasi yang dibungkus dalam daun pisang (beras organic) + ayam goreng/bakar + ulam/sayuran segar + tempe goreng + tahu goreng + sambal belacan (fuyoooh). 



Nasi Ayam Penyet
RP27,000 = RM9.00
Complete set macam ni kalau tak kenyang entah lah.....

Gang2 mas ada yang order Nasi Ayam Penyet, Nasi Bakso, Mee Bakso, so kami cubalah segala2 yang ada dalam menu tu...

Sebab mas risau perut mas tak boleh accept berkari dan berlemak, so mas order Nasi Timbel.  Disini Teh-O dipanggil Teh Manis.