Lokasi Lawatan : Saung Angklung Udjo
Tarikh Lawatan : 23 Okt - 26 Okt 2011
Di Bandung, ramai yang tidak tahu terdapatnya konsert angklung. Konsert ni yang mempamirkan kehandalan anak-anak kecik bermain angklung yang saiznya lebih besar dari badan mereka mengkagumkan setiap penonton yang datang.
Entrance Fee : Rp80,000 / RM25.00 (satu botol air mineral diberi percuma + rantai momento angklung)
Teruja betul bila sampai disini sebab nampak pentas nya luas sekali, ada pulak alat-alat muzikal tradisional dan juga alat-alat muzik moden seperti gitar dan drum. Mas terfikir mesti segala jenis lagu dapat dipermainkan oleh pemuzik2 ni nanti.
Tak tahulah mengapa dia orang letak kelawar ni di pintu masuk...
Ani + Siti + Baby |
Excited sangat nak tunggu konsert angklung bermula! |
Am I one of them? hehehehe.... |
Lihatlah kecantikan bunga-bunga disini... dan buah-buahan...
Buah Ciku |
Buah Markisa |
Danial dan Liya rasa nak culik anak2 yg cute-cute kat situ... |
Mengikut alunan muzik, anak2 ini berpesta menari |
Pengacara yang berbakat |
Penampilan dari anak-anak muda yang juga terdiri dari anak-anak kecik sungguh ceria sekali. Baju mereka berwarna warni dan suara mereka yang kecik tapi gagah memecah kesunyian auditorium ini.
Tarian mereka, gerak-geri mereka akan buat kita tertanya-tanya, dah berapa lama agaknya mereka diinstitusi ini kerana bakat mereka memang terserlah ketika persembahan.
Penonton dijemput menari bersama-sama diakhir konsert |
Yang memegang anak kecik berbaju purple tu anak sedara mas, Sabrina |
Syafiq seronoknya dia mengambil bahagian bersama-sama |
Cuba lihat gadis-gadis cantik ini dengan pakaian sang merak menarikan tarian traditional mereka...sungguh cantik sekali..
Berbaloi datang kesini walaupun perjalanannya agak jauh sikit. Pada anda yang inginkan kelainan bila ke Bandung, singgahlah disini dan pastinya akan membawa balik kenangan manis.