Lawatan Ke Bandung, Indonesia
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Okt 2011
Kena bangun awal sebab nak ke LCCT sebab flight pukul 6.30 pagi. Waduh... pukul 3 pagi dah bangunkan anak2 semua dan suroh mandi, memang seksa betul lah dia orang nak bangun. Mas rileks jer bangun kul 3 sebab mindset mas dah diprogramkan untuk bangun tangkas dan muka kelihatan cergas... Kalau tak nanti kat Bandung rupa macam zombie mata lebam...
Berapa harga perjalanan mas ke Bandung? Semua mas book online sebab lagi murah dan juga tak menyusahkan.
http://www.airasia.com
Flight RM348.00
Airport tax RM 25.00
Fuel Charge RM 20.00
Sub Total RM393.00
Services & Fees
Pick a Seat RM 12.00
Processing Fee RM 16.00
Baggage RM 35.00 (ini harga 1-way dari Bandung untuk 15 kilo)
TOTAL RM456.00 (harga tambang pergi-balik)
Hotel RM300.00 (4 hari 3 malam + transport MPV 10 seater)
Kami sampai jam tepat 4.45 pagi di LCCT dan sister in-law mas, Rozi dan anak dia Sabrina + 2 teman rapat mereka, Aini dan Siti dah sedia menunggu. Beg baggage dia orang memang lah besar2 (mas punya 'sederhana' jer) tapi rengan tak sampai pun 7 Kilo tapi kami semua baggage check in lah lagi senang. Dalam LCCT bila check-in, sempat singgah shopping beli asam boi (manalah tau pening2 nanti dalam flight).
![]() |
| With my sis inlaw, Rozi |
Dalam flight kena isi borang 'Embarkation Card' yangmana butiran pasport dilengkapkan dalam kad ini. Ianya wajib diisi masa dalam flight dan butiran tempat tinggal di Bandung juga perlu diisi. So kalau menginap di hotel, tulislah nama hotel tu, tak perlu alamat yang penuh. Letak dalam pasport dengan selamat dan tunjuk pada pihak Imigresen Indonesia dikaunter pegawai di lapangan terbang Bandung nanti. Amaran mustahak "JANGAN HILANGKAN KAD INI' sebab BIG problem untuk balik ke Malaysia.
![]() |
| Alhamdulillah dah selamat sampai di Lapangan Terbang Husein Sastranegara |
Oh yer, kalau lah masa dalam flight kad embarkation tu dah habis, masa nak check in di lapangan terbang Bandung pun boleh ambik tapi kenalah duduk mencangkung isi. Kesian my sis inlaw and the gang sebab dia orang kena isi dengan kelam kabut masa kat lapangan terbang Bandung.
![]() |
| Terpaksa isi borang beridiri kat Imigresen Indonesia |
Perjalanan flight hanya 2 jam (kaki mas kebas jugak lah) so waktu tempatan mas sampai kul 7.30 pagi. Menunggu Kastam periksa, scan beg, scan badan memakan masa 45 minit sebab penumpang ramai. In fact, whole flight penuh.
![]() |
| Syafiq, Ani, Sabrina, Fatimah dan Siti semua excited bila nampak van Pak Ajak (supir) dah sedia menunggu |
![]() |
| Danial + Liya |
Sepanjang perjalanan dalam van, mas terpingga2 sebab aduih waduh, kenderaan banyak betul dan semuanya macam terkejar-kejar kesana kemari. Barulah mas teringat hari mas sampai tu hari Sabtu, so memang lah orang sedang bergegas ke ofis. Yang mas perasan terdapat begitu banyak warong tolak di Bandung.
Dan yang paling menyedihkan ada ramai peminta sedeqah dari golongan warga emas, cacat dan juga kanak2. Tapi berjaga2 tau, jangan bagi sewenang2nya sebab nanti van yang anda naiki akan diserbu. Mas terkejut bila mas nampak ada budak kecik minta sedeqah dari kereta ke kereta, walhal mak dia tengah main handfon... So kena ingat sendiri lah ye kawan2...
Ish, lagi satu, kat Bandung ni kemudahan toilet memang susah untuk orang awam so memang kena siap2 buang kat hotel atau pun jangan lah minum banyak sangat masa shopping. Kalau kat shopping complex tak per, tapi yang dipinggiran kedai kecik2..elok JANGAN. Mas sendiri terlihat ada penjual Bakso yang buang air kecik kat dinding tepi jalan, lepas tu selamba je gie jual Bakso dia...
Penginapan yang telah dionline booking oleh my sis inlaw ialah Hotel Karmila. Murah, lokasi strategik dan paling best, berdekatan dengan kedai2 factory outlet. Dan juga, KFC dan cafe hanya 10 minit perjalanan dari hotel.
![]() |
| Berselerak sikit... maaf yer sebab asyik kuar nak bershopping jer, so malas nak kemas bilek. |

Ruangan bilek dalam Hotel Karmila besar jugak, 2 katil, tambah 1 tilam. Toilet ruang pun luas.
Tips : Jangan lupa bawa International Adapter sebab lubang plug di Bandung memang berlainan untuk kepala socket bila nak charge handphone, camera maupun shaver.
Bermacam2 masakan yang dijual tapi yang mas heran... ngapa tak de jualan air minuman macam air sirap ker, air limau ke... So kesimpulan, mas rasa memang tiada penyaluran air so, kena lah berjaga2 bila teringat nak makan atau minum. Mas rasa elakkan beli ditepi2 jalan sebab, maaf yer.. mas rasa tak berapa bersih. Unless kalau yakin dan ada kawan sana yang rekomen, so boleh lah bedal... hehehe.
![]() |
| Danial tengah berselera dengan 'Pecal Leleh' |
![]() |
| Warong tolak ni terletak depan Hotel Karmila. Bila malam dia hilang tapi pagi menjelma balik. |
![]() |
| Jualan tekstil di Pasar Baru Bandung |
So, mengikut program, kami akan ke Pasar Baru Bandung, iaitu satu pasaraya 8 tingkat yang memang terkenal dan favourit dengan jualan murah (teramatlah murah) barangan tekstil & lace, baju muslimah, jilbab, seluar jeans, kasut2, kain2 telekung, baju batik, cadar, perlengkapan perkahwinan dan sebagainya. Kualiti barang2 ni? Jangan khuatir sebab ianya memang berkualiti baik dan berpadan dengan harga. ![]() |
| Indah2 warna sulaman telekong |
![]() |
| Nak buat telekung hantaran, tak terpileh lah rasanya sebab memang cantik2 belaka. |
![]() |
| Purple - warna kegemaran mas! |
![]() |
| RP50,000.00 (RM18.00) |
Bagi yang meminati handbeg, disinilah tempat branded names dijual dengan harga semurah RM18.00. Biar puas rounding tempat2 handbeg, baru beli sebab...nanti terjumpa lagi cantik, lagi murah, lagi berkualiti...so tak lah menyesal nanti. Takut terkeliru dengan harga? Tak susah, cari je yang tertulis harga Rp50,000- sebab tu baru RM18.00 duit kita.
![]() |
| Selagi ada kain batik kat sini, semuanya bermutu! |
![]() |
| Terpegun tengok begitu banyaknya kain telekong bersulam kat sini |
Oh ya, tips yang perlu kita ambil perhatian semasa disini:
- jangan lalai sangkut handbeg dibahu. Letak kemas dibawah ketiak anda atau biar sangkut didepan perut anda. Ini untuk mengelakkan pencopet.
- jangan beli apa yang suka tapi beli apa yang perlu, kalau tak satu container duit pun tak cukup.. hehehehe.
- tawar menawar memang digalakkan so kalau nak tawar, slash harga at least separuh, yes, SEPARUH dari harga yang ditetapkan.
Kalau perut terasa lapar, ada jualan kuih-muih oleh pemuda2 di pasar ni tapi mas nasihat elakkan membeli sebab tak tentu perut kita tahan ke tak nanti sebab kuih dia orang lain macam sikit.
Di Pasar Baru Bandung ni juga terdapat food court, tingkat 7. Tips bila melalui tingkat food court ini:
- bila diserbu oleh budak2 gerai yang akan cuba memikat anda (memang handsome bangat), anda dinasihat buat 'cool dan tenang' sebab dia orang memang akan 'serbu' untuk tarik anda ke gerai mereka.
- bila nak makan, rounding dulu semua gerai dan kedai makan sebelum membuat pilian sebab makanan memang banyak dan bervariasi.
- bila membuat pesanan makanan, slow slow pileh sebab anda akan pening2 lalat membaca menu yang memang detail dan juga harga pulohan ribu (terpaksa guna mental mathematics untuk convert dalam Ringgit Malaysia. Rp21,000 = RM7.50) Nak cepat kenal yangmana satu makanan yang murah, cari je yang berharga lebih kurang Rp10,000 = RM3.60)
![]() |
| Nasi Ayam Penyet RP27,000 = RM9.00 Complete set macam ni kalau tak kenyang entah lah..... |
![]() |
| Gang2 mas ada yang order Nasi Ayam Penyet, Nasi Bakso, Mee Bakso, so kami cubalah segala2 yang ada dalam menu tu... |
![]() |
| Sebab mas risau perut mas tak boleh accept berkari dan berlemak, so mas order Nasi Timbel. Disini Teh-O dipanggil Teh Manis. |









































