BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Life is meaningful when you have a reason to live...

With friends and foe, you live life with wisdom and love. As Albert Einstein once said :


"There are only two ways to live your life.

One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."

Sunday, November 20, 2011

Bercuti d Bandung - Menonton Konsert Angklung

Lokasi Lawatan : Saung Angklung Udjo
Tarikh Lawatan : 23 Okt - 26 Okt 2011
Di Bandung, ramai yang tidak tahu terdapatnya konsert angklung.  Konsert ni yang mempamirkan kehandalan anak-anak kecik bermain angklung yang saiznya lebih besar dari badan mereka mengkagumkan setiap penonton yang datang. 
Entrance Fee :  Rp80,000 / RM25.00 (satu botol air mineral diberi percuma + rantai momento angklung)
Teruja betul bila sampai disini sebab nampak pentas nya luas sekali, ada pulak alat-alat muzikal tradisional dan juga alat-alat muzik moden seperti gitar dan drum.  Mas terfikir mesti segala jenis lagu dapat dipermainkan oleh pemuzik2 ni nanti.




Tak tahulah mengapa dia orang letak kelawar ni di pintu masuk...









Ani + Siti + Baby

Excited sangat nak tunggu konsert angklung bermula!
Am I one of them? hehehehe....
 Semasa menunggu konsert yang belum bermula, mas pun jalan-jalanlah kat area auditorium ni.  Sempat ambik gambar ditaman disebelahan auditorium ini.




 
 Lihatlah kecantikan bunga-bunga disini... dan buah-buahan...




Buah Ciku

Buah Markisa


Danial dan Liya rasa nak culik anak2 yg cute-cute kat situ... 
Mengikut alunan muzik, anak2 ini berpesta menari

Pengacara yang berbakat
Penampilan dari anak-anak muda yang juga terdiri dari anak-anak kecik sungguh ceria sekali.  Baju mereka berwarna warni dan suara mereka yang kecik tapi gagah memecah kesunyian auditorium ini. 

Tarian mereka, gerak-geri mereka akan buat kita tertanya-tanya, dah berapa lama agaknya mereka diinstitusi ini kerana bakat mereka memang terserlah ketika persembahan.  
Penonton dijemput menari bersama-sama diakhir konsert

Yang memegang anak kecik berbaju purple tu anak sedara mas, Sabrina
 Mata mas sentiasa melihat gelagat beberapa penonton yangmana mereka sendiri teruja dan ketawa melihat betapa petahnya anak-anak muda dan kanak-kanak ini bila berada dipentas.
  
Syafiq seronoknya dia mengambil bahagian bersama-sama
               
  
Cuba lihat gadis-gadis cantik ini dengan pakaian sang merak menarikan tarian traditional mereka...sungguh cantik sekali..

Berbaloi datang kesini walaupun perjalanannya agak jauh sikit. Pada anda yang inginkan kelainan bila ke Bandung, singgahlah disini dan pastinya akan membawa balik kenangan manis.





Thursday, November 17, 2011

Cuti-Cuti Ke Bandung - Bali Heaven

Bali Heaven
Bandung Indonesia
Tarikh Lawatan : 23 Okt - 26 Oktober 2011


 Di Bandung kalau nak mencari makanan yang sedap kenalah pandai tanya pada yang selalu dah kesini. Terlampau banyak restoran2 dan kedai2 makan yang menawarkan bermacam-macam jenis lauk.


  
Kalau anda masih gagah nak bershopping tetapi perut kena isi dulu, jangan risau sebab dicelah-celah factory outlet terdapat restoran makanan yang menawarkan seribu-satu jenis masakan. Harganya ada berpatutan, so jamulah selera selagi mampu...hehehe.

Bali Heaven yang terletak di simpang Pasteur-Pasirkaliki Bandung ini tidak hanya menawarkan berbagai produk jualan, tetapi juga menyajikan aneka makanan ala Bali.


Contohnya di Bali Heaven, tempatnya memang eksklusif tapi harga murah. Hiasan dalaman restoran ini unik. Terdapat pulak bersebelahan tempat nak membeli belah. Kalau berterusan nak shopping rasanya kaki pun give up... so rehat dan makan untuk gain back energy. 

Cantiknya ukiran kayu dalam restoran Bali Heaven ini. Ukiran berunsur Bali menghayalkan mas, rasa macam mas dah sampai kat Bali pulak.
 
Dekorasi kayu yang menarik
 
Seni deko yang unik

Handsome bangat waiter dia!

Bakso bebola daging

Kelapa segar + sirap gula merah + ais

...memang berselera....

Nasi Goreng Bali Heaven - Harga Rp21,000 / RM7.00

Spageti - cantik hiasan nya kan? rasa Best!
Nampak je ribu2, tapi bila convert to RM, harga berpatutuan

Syafiq dan Baby...happy nya bila sampai disini....

Factory outlet bersebelan Bali Heaven memang strategik untuk teruskan membeli-belah tanpa henti. Barangan mahal sikit tapi berkualiti.

Gula-gula tarik, gula merah, Rp2,000 / RM0.70


TIPS :

Keseluruhan bandaraya Bandung boleh dilawati tetapi kena ada program yang bersekala, maksud mas... jangkakan masa untuk melawat dan juga masa untuk bershopping.  Kalau tak nanti timbul rasa ralat bila ada hajat tak kesampaian.  Mas berterima kasih pada my sis in-law Rozi dan juga supir Pak Ajak yang banyak membantu dalam rangka lawatan mas dan anak-anak mas ke Bandung.  Banyak lagi tempat-tempat yang nak dilawati seperti Tangkuban Perahu,  Pasar Baru Bandung, Kampung Daun, Angklung dan tempat memproses kopi.


Monday, November 7, 2011

Lawatan Ke Bandung - Kawasan Wisata Alam Air Panas Ciater

Lawatan Ke Pemandian Air Panasater, Bandung, Indonesia
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Okt 2011






Ani + Mas + Siti

Tempat ni memang dikatakan favourit untuk pelancung dan pelawat menghabiskan masa mandi air panas disebabkan kawasan perkelahan yang begitu luas dan lankskap yang menarik.  
  
Bersih tempat ni dan juga terdapat kemudahan tempat bilasan mandi yang mencukupi.  Terpesona seketika dan berimaginasi, kalaulah KL ada tempat macam nie, mau ribu2 orang2 KL berpusu2 mandi disini.




Tiket masuk ialah Rp14,000 seorang, lebih kurang RM5.00 so murah jugak lah.




Liya + Danial





  
TIPS:  Disini kalau ada peniaga-peniaga yang menjual ais krim elok lah fikir dua kali sebelum membeli sebab harga sebatang Corneta ialah Rp20,000 = RM7.00.  Kalau sekeluarga ambil sebatang pengsan jugak lah nak membayar.. hehehe.  Apa2 pun sebab dahaga, beli jugalah anak2 mas yang ketika tu tak tanya dulu berapa harga ais krim tu.



Pak Ajak kata kalau kita mempunyai masalah kulit, elok berendam kaki disini atau seelok2nya mandi puas2 sehingga seluruh badan rasa segar.  Ada pulak tukang urut jadi kalau ada sengal2 disebabkan shopping, eloklah urut.  Bayaran sekadar bagi sedeqah jer...

best nya rendam kaki!

Memang panas air dalam kolam ni, rasa macam mendideh pun ada.  Jangan leka tau bila berendam, kalau tak nanti rebus lah kaki itu.


Mati kuman2 celah2 kaki!
Jadi macam kanak2 pulak bila dah terjumpa 'badak sumbu' kat Ciater ni.. Syafiq pun sama lah nak tunjuk teror tapi bila turun dari badak sumbu tu.. terkial2.








Bestnya trip ni dengan my sis inlaw (Rozi), her sister (Fatimah), her daughter (Sabrina), friends Ani and Siti, and of course my sons, Syafiq and Danial and their gfs, Baby and Liya.