BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Life is meaningful when you have a reason to live...

With friends and foe, you live life with wisdom and love. As Albert Einstein once said :


"There are only two ways to live your life.

One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."

Saturday, November 5, 2011

Indonesia - Tangkuban Perahu, Bandung

Tangkuban Perahu
Bandung Indonesia
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Oktober 2011




Tangkuban Perahu letaknya 30 Km dari kota Bandung.  Disepanjang perjananan ke puncak gunong ni, kita akan lalui pemandangan yang sangat cantik dimana terdapat lerengan bukit yang menghijau.  


Terasa macam naik Cameron Highlands pun ada bila van yang mas lalui melalui pekan tanah-tanah lapang yang ditanami dengan sayuran segar... Pemandangan yang indah hingga ke puncak.  







Kiri-kanan jalan terdepat scenery dan view yang memukau, tak pernah mas melihat satu panaroma yang indah dan mengkagumkan.



Yang nampak macam pukat tu adalah kain buaian.  Ianya memang murah dalam RM30.00 tapi mas tak beli sebab rumah mas tak de tiang nak ikat.. hehehee.



Mas respect lah rumah2 kat sini sebab walaupun kawasannya sempit, mereka masih menanam pokok atau tanaman hiasan.  Mungkin sebab cuasa yang dingin membuat pokok2 ni hidup segar.








Mas ternampak ada gerai jual buah limau!


Keluar dari van, terasa udara dingin tapi hidung mas pulak terhidu mcam bau belerang terbakar.  Tempat yang penuh dengan cerita lagenda ni menyambut mas dan rakan2 mas dengan seribu satu soalan.  Adakah gunong ni selamat untuk kami lawati, adakah udara Tangkuban Perahu ni beracun... dan adakah mas dan rakan2 mas selamat untuk turun ke bawah kawah tu..?  
Sampai je van parking, kami di'serbu' oleh penjual2 barangan cenderahati.  Disebabkan kami telah dipesan oleh my sis inlaw (dia dah 7x ke Bandung), kami tak layan mereka tapi sekadar memberi senyuman dan terus berlalu pergi untuk melawat kawasan sekeliling.  

Tips ketika disini:

  • jangan lupa bawak baju sejuk atau skaf dan juga spek mata.
  • bila di'serbu' oleh penjual2 cenderahati, bagi senyuman, mulut 'kunci' kalau tak nanti kita akan diekori oleh mereka hingga habis lawatan dikawasan wisata alam ini.
  • kalau ada penjual yang jadi 'tourist guide' iaitu mereka ini mengikut kita sambil memberi penerangan, dengar jer, layan dengan manis tapi jangan terpengaruh sebab pada akhir perjalanan pasti mereka akan menyuroh kita beli barangan jualan.  Boleh beli tapi mesti minta harga runtoh, at least 70% bukan 50%.
  • kalau dah naik van, cepat2 tutup pintu dan jangan layan permintaan mereka yang mungkin akan membuat kita rasa tak selesa sebab mereka akan mengekori anda hingga ke cermin kereta.


Nak naik balik ke puncak bukit

Gerai2 disini menjual banyak ole2 cenderahati.  Ada ukiran kayu, t-shirt, key chain, dan lain2 lagi... 

Bergambar dipemandangan sini memang cantik.  Ramai yang posing macam ala2 artis sebab view berbelakangkan kawah berasap ni memang menarik.  Lihat lah sendiri...
Spot ni satu kemestian bila singgah ambik gambar



Menuruni bukit ni kena berhati2 sikit, kaki kena kuat.  Kalau tak kaki berdengung nanti...


Antara satu keajaiban di Bandung

Merenung jauh


 Lagi satu pesanan, bila nak naik balik ke puncak, cuba elakkan berseorangan kerana penjual2 cenderahati akan mengepong anda.  Trick lah tu nak suroh anda beli barangan mereka.






Indahnya tempat ni
  


Liya - Mas - Bib

Thumbs up dari Syafiq


Happy mas dah dapat sampai disini!

Indahnya pemandangan

Gerai2 makan


Mas anak beranak merasakan ini adalah satu2nya percutian yang paling istimewa yang pernah kami alami.  Suami mas.. Yub, tak join sebab dia ada hal penting diKL ketika kami bercuti disini. InsyaAllah, mas akan datang lagi sekali kesini kerana ada lagi tempat2 lain diBandung yang belum mas lawati.

0 comments: