BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Life is meaningful when you have a reason to live...

With friends and foe, you live life with wisdom and love. As Albert Einstein once said :


"There are only two ways to live your life.

One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."

Monday, October 31, 2011

Lawatan Ke Bandung - Kampung Daun

Kampung Daun Culture Gallery and Cafe
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Oktober 2011

Selepas membeli belah di Pasar Baru Bandung, malam sis inlaw mas dah sediakan satu program dinner kat satu tempat yang istimewa kata dia...

Kampung Daun letaknya di Jalan Sersan Bajuri KM47, Lembang, Bandung, Indonesia. Perjalanan tak lah lama sangat namun anda akan melalui pekan yang keseluruhannya berniaga rapat2 sangat dengan jalan main road Bandung.  Mas confuse sikit nak bagi butiran perjalan ke Kampung Daun ni sebab Pak Ajak (supir) memandu van menaiki bukit.

Sampai dipintu masuk, mas terkejut dengan suasana romantis. Aduihs, cuaca sejuk, udara nyaman pulak.  Masa tu lepas sikit kul 6.30 petang waktu tempatan tapi dah gelap.

Tips : 
  • tidak perlu pakai kasut tumit tinggi sebab nanti kena panjat lerenggan bukit
  • bawa baju sejuk atau skaf


Pintu gerbang masuk


Tempat ni tempat menunggu giliran bagi para tamu.  Boleh duduk sembang2 dulu kat sini kalau meja tempahan masih penuh.





Disini terdapat unggun api untuk memanaskan badan sebab cuaca tersangat dingin. Setiap penjuru ada disediakan unggun api untuk para tamu. 


Kedai cenderahati

Tak tahu lah apa nama bunga ni tapi memang wangi...









Nun dibawah sana kena jalan ke meja tempahan makan.




Romantis rasanya bila disini.  Lampu dinayalakan dicelah2 pepohon. Terasa macam dalam hutan tapi macam ada pesta dalam hutan pulak.  Suhu sesejuk dipergunungan dan udara nyaman.


Rasa asyik betul bila ambik gambar2 disini. Ada pulak anak sungai mengalir, terdengar gemercik laluan air.. 
Terkedu pun ada bila mas tatapi fauna sekeliling sebab seni dinding dengan pepohon yang melambai unik sekali. 



Dinding macam diukir, dibentuk bak dalam gua pulak rasanya.  Kilauan lampu neon memberi kenikmatan rileks, tenang dan teruja.


Bersila untuk makan, tak de kerusi.



Menu yang dihidangkan disini tak lah mahal sangat, lebih kurang harga dari RM7.00 keatas (untuk minuman) dan RM12.00 keatas untuk makanan.  Jangan pulak terkejut bila dah total up semua, kena ribu-ribu Rp... ehehhee..  Bil mas untuk 5 orang makan mencecah Rp375,000.00 so adalah dalam RM130-.  Pada mas, restaurant best, suasana best, suhu best, makanan pun best, so berbaloi lah harga yang dikenakan.



Nasi Timbel
Rp45,000 = RM13.00

Cheese cake Rp11,000 = RM4.00

Selaseh + laici + sengkuang + sirap
Rp13,000 = RM7.00

3-layer
Pisang + sirap + santan + cincau
Rp12,000 = RM6.00

Ada love dalam coffee latte ni
Rp12,000 = RM6.00

Lempeng pisang + keju + strawberry
Rp12,000 = RM6.00


Dalam banyak2 tempat yang mas lawati, Kampun Daun adalah yang paling best!! Lupa seketika hiruk pikuk KL, hiruk pikuk Bandung, dan hiruk pikuk ofis.. hehehe..


Nak tahu maklumat lanjut boleh layari http://kampungdaun.net/


0 comments: