Lawatan Ke Pemandian Air Panasater, Bandung, Indonesia
Tarikh Lawatan : 23 - 26 Okt 2011
Ani + Mas + Siti |
Bersih tempat ni dan juga terdapat kemudahan tempat bilasan mandi yang mencukupi. Terpesona seketika dan berimaginasi, kalaulah KL ada tempat macam nie, mau ribu2 orang2 KL berpusu2 mandi disini.
Tiket masuk ialah Rp14,000 seorang, lebih kurang RM5.00 so murah jugak lah.
Liya + Danial |
TIPS: Disini kalau ada peniaga-peniaga yang menjual ais krim elok lah fikir dua kali sebelum membeli sebab harga sebatang Corneta ialah Rp20,000 = RM7.00. Kalau sekeluarga ambil sebatang pengsan jugak lah nak membayar.. hehehe. Apa2 pun sebab dahaga, beli jugalah anak2 mas yang ketika tu tak tanya dulu berapa harga ais krim tu.
Pak Ajak kata kalau kita mempunyai masalah kulit, elok berendam kaki disini atau seelok2nya mandi puas2 sehingga seluruh badan rasa segar. Ada pulak tukang urut jadi kalau ada sengal2 disebabkan shopping, eloklah urut. Bayaran sekadar bagi sedeqah jer...
best nya rendam kaki! |
Memang panas air dalam kolam ni, rasa macam mendideh pun ada. Jangan leka tau bila berendam, kalau tak nanti rebus lah kaki itu.
Mati kuman2 celah2 kaki! |
Bestnya trip ni dengan my sis inlaw (Rozi), her sister (Fatimah), her daughter (Sabrina), friends Ani and Siti, and of course my sons, Syafiq and Danial and their gfs, Baby and Liya.
0 comments:
Post a Comment