Waktu Mas melawat Taiping beberapa bulan yang lalu, Mas dah rasa Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Aduihs, rasanya memang sedap sangat sebab semua nya berasaskan bahan-bahan segar, seperti udang yang datang dari hasil laut Kuala Sepetang. Semasa di kedai Mak Jah di Kuala Sepetang, mas telah rasa cucur udang cicah kuah kacang yang sungguh menyelerakan. Siap goreng panas-panas... then ada kuah kacang.
Keenakkan mee udang Mak Jah memang tidak dapat dinafikan lagi. Kuah pekat. udang besar!
Mee Udang Special |
Ni alamat... senang je nak cari...
Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri, Kuala Sepetang
Taiping
Tel. No. 05-858 1400
Tak sangka pulak dimana Mas tinggal sekarang... dikawasan Wangsa Maju, bersebelahan Wangsa Walk Mall, terdapat cawangan Mee Udang Mak Jah yang baru dibuka pada bulan Julai 2011. Memang kawasan tu terceruk sikit sebab papan tanda restaurant nya tak terserlah namun bila diamati betul-betul, baru kita akan ternampak nama Mak Jah terpampang dipintu masuk.
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Cawangan Kuala Lumpur
Blok 3A, No. 22 Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel. No. 03-4131 4430
Hiasan dalaman memang sempoi, kemas dan bersih. Disetiap dinding dihiasi gambar-gambar yang bertemakan sejarah Taiping dan juga gambar-gambar tempat pelancungan diTaiping.
Beza sikit kepekatan kuah mee udang di cawangan Wangsa Maju ini kalau di bandingkan dengan yang di Kuala Sepetang. Kuah nya gelap, pekat... dan berminyak terlebih sikit. Namun tetap sedap...
Suami mas cuba mee udang... dan mas pula cuba Kway Teow Goreng Udang.... Fuhhh, lain dari yang lain lah Kway Teow Goreng dia.. Ada rasa masam2 dan ada hirisan celery... Tu yang buat rasa dia masam2 manis sikit... Kreatif pulak pinggan dia.. macam sampan..
Lihat lah keunikan kway teow goreng ini...ada hirisan sayuran celery....
Terliur mas bila mas lihat ada pulak jualan Ikan Masin Kuala Sepetang... aduihss... tak sabar lah nak goreng dengan nasi panas.. Marvellous!!
0 comments:
Post a Comment